Sunday, February 8, 2009

INSTAFOREX TRADING


Hot Myspace Generators

What is Forex?

Forex market is an international money market. Forex formed its name from foreign currency exchange operation: FOReign EXchange, or FOREX, for short. Forex is one of the youngest financial markets and has had its present appearance since the 1970s. Due to the sheer volume of the money market, Forex is the most dynamically developing market.

Forex’s daily trading rotations reach 4 trillion USD, that is 30 times more than the general volume of all stock market exchange in the US. Like any other market, Forex trades certain goods. In the case of the money market, these goods consist of national foreign currency. Fundamentally, currency rates are set by government institutions as well as commerce companies all around the world that need to convert currency for trading in foreign countries. They make up 5% of the general currency market rotation volume. The other 95% comes from speculative trading on the part of traders trying to earn profit from buying and selling currency at fluctuation rates. An important money market feature is its steadiness.

The main financial market danger comes from sudden drops, or when the stock index collapses. However unlike the stock market, Forex doesn’t drop. When stocks depreciate, that means a crash is coming. But should the dollar fall, this simply means that some other currency will become stronger.

Let’s take a look at the yen for example. Within a few months at the end of 1998 the price of the yen increased by 25% in relation to the US dollar. On particular days, the USD decrease was measured with a tenth of a percent. However a drop in the USD, as with any other currency, could not cause the money market to crash, and trading would carry on as before. This is the key to the market’s steadiness, which works for businesses as well. Currency is the most liquid and secure trading tool.

Speculators have a great interest in so called liquid or base currencies. Nowadays over 85% of all deals are in base currencies, often the following currencies: US dollar (USD), Japanese yen (JPY), euro (EUR), British pound (GBP), Swiss franc (CHF), Canadian dollar(CAD) and the Australian dollar (AUD).

When defining currency pair symbols, the slash (“/”) symbol is usually absent and the currency pair notation is written: EURUSD, GBPUSD, USDJPY.

The concept of money market operations is pretty clear: you earn profit from the movement of one type of currency rate in relation to the movement of another currency rate. The entire currency market consists of currency pair rates, where each one reflects the relational cost of one national currency compared to another. For example, when people say that for 1 euro it is possible to get 34 cents, this means that the currency pair EUR/USD rate equals 1.3400.


Instaforex

Monday, January 5, 2009

TAHUKAH ANDA?

TAHUKAH ANDA?

90% trader forex yang baru mengalami kerugian wang mereka dalam masa 3 bulan urusniaga. Ini bermakna mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan dan kesilapan paling besar ialah 90% trader baru TERLALU GHAIRAH MENDEPOSITKAN TERLEBIH DAHULU MODAL MEREKA KEPADA BROKER FOREX TANPA INGIN MELABUR SISTEM YANG PALING BAIK DAN YANG BOLEH MEMBANTU MENGANALISA PERNIAGAAN MEREKA TERLEBIH DAHULU.


Mereka hanya melakukan trade secara membutatuli dengan harapan dan impian untuk berjaya. 90% daripada trader forex tidak mempunyai pengetahuan dan ilmu yang cukup mengenai urusniaga forex.

Kebanyakan mereka hanya bergantung kepada tuah nasib dan tidak BELAJAR ASAS URUSNIAGA FOREX LANGSUNG! Menurut sumber yang boleh dipercayai 10% daripada mereka ini kerugian kesemua wang dalam akaun mereka.

Jadi, bolehkah kita menganggap kebanyakan trader yang mengalami kerugian adalah jahil? Sudah tentu tidak. Ramai di antara mereka adalah orang-orang yang bijak. Kebanyakan mereka yang melakukan urusniaga forex mempunyai IQ yang sederhana. Jadi, mengapakah mereka masih GAGAL?

Mereka hanya kurang berdisiplin dalam mempelajari bagaimana sebenarnya urusniaga forex bekerja. Mereka terlalu yakin dan menganggap 5 minit masa yang digunakan untuk menganalisis pasaran telah cukup dan 100% betul. Mereka adalah 100% SALAH!


Masalah Utama Untuk Berjaya Dalam Forex Yang Selalu Dihadapi Ialah :


Anda telah ‘sign-up’ dua atau tiga system tetapi tiada yang berjaya.

Anda telah membeli beberapa buku tentang analisis teknikal tetapi ianya sukar dan susah digunakan dalam keadaan pasaran yang cepat berubah.

Anda telah menghadiri pelbagai kelas dan kursus Forex, tetapi tidak memuaskan hati anda kerana hanya di ajarkan asas-asas dan teknik-teknik Forex yang boleh di dapati percuma di website.

Kesalahan besar sekali ialah, hampir separuh trader baru mendepositkan wang terlebih dahulu tanpa memiliki sistem atau pembantu peribadi yang benar-benar boleh membantu perniagaan mereka. Mereka lebih senang mendepositkan modal serendah USD 50 ke USD 300 terlebih dahulu sebelum memiliki sistem yang boleh membantu perniagaan mereka.

Anda telah melihat signal yang berlainan dan mempelajari terlalu banyak indikator, anda menukar pendekatan anda tanpa strategi dari satu signal ke signal yang lain sehingga akhirnya anda keliru samada hendak ‘buy’ atau ‘sell’.

Apabila anda rasa ketinggalan, anda memaksa diri anda untuk trade dalam masa yang tidak sesuai dengan harapan dapat ‘cacth-up’ atau ‘get even’. Ini samalah seperti anda berjudi.

Anda membayar tinggi untuk signal setiap bulan tetapi masih tidak dapat keuntungan yang konsisten

Anda trading seorang diri dan mengharapkan bantuan dan nasihat atau maklumbalas daripada trader-trader yang berpengalaman.

Kerana anda telah merasa tidak bersemangat, anda mula menganggap kebanyakan Signal adalah tidak jujur dan menawarkan ‘quality support’ yang rendah.

Kerana anda selalu kerugian, anda merasa tidak bersemangat dan mengalami stress.

Kerugian anda semakin memuncak sehingga beribu-ribu atau sehingga ratus ribu dollar.

Anda hampir berputus asa kerana wang dalam akaun tinggal sedikit, anda merasa telah membuang masa dan wang selama ini membuat kajian yang tidak berfaedah serta hari-hari yang kurang menyenangkan kerana pasaran yang tidak seperti yang anda harapkan.

PEMIKIRAN FOREX DALAM ISLAM

RAMAI bertanya saya berkenaan hukum urusniaga ‘forex’ (dagangan tukaran mata wang asing) yang dibuat melalui Internet.

Tahniah saya ucapkan bagi mereka yang masih lagi memikirkan perihal halal dan haram dalam pendapatan mereka.

Kesan pendapatan haram dalam diri seseorang sungguh besar, disebutkan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis sahih, doa orang yang menggunakan harta haram dalam pakaian, makanan dan minuman mereka ditolak. Tanpa doa, seseorang sukar mendapat keselamatan di dunia dan akhirat.

Bagi mengulas isu forex trading ini, anda perlu memahami dua jenis cara membabitkan diri dalam dunia forex ini iaitu:

1. Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperoleh untung melalui Forex.

2. Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual-beli wang asing dan simpan.

Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan.

Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan Forex

Forex adalah satu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara lainnya yang membabitkan pasar mata wang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang Forex mata wang diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan daripada hadis Nabi yang sahih.

Ditukar (serah dan terima) dalam waktu sama ia disebut dalam hadis sebagai ‘yadan bi yadin’.

Dalam bahasa Inggerisnya adalah ‘pada asas semerta’. Ia datang banyak hadis, antara yang paling utama adalah:

“Emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mesti sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan jika berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang disukai’ Riwayat Muslim, no 4039 no hadis, 11/9).

Nabi juga bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Pertukaran antara perak dan emas adalah riba, kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)’ (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209).

Pembelian secara hutang daripada satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis bermaksud: “Rasulullah SAW melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang” (Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762).

Hadis di atas menyebut perihal disiplin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk maklumat, ulama bersepakat bahawa mata wang (not bank) juga sama disiplinnya dengan emas dan perak disebabkan nilai dan fungsinya sebagai perantara tukaran.

Justeru, setiap disiplin dan syarat transaksi yang membabit emas dan perak juga terpakai pada urusan transaksi mata wang.

Demikian keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah Accounting and Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI).

Forex dalam mata wang yang diuruskan syarikat konvensional pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan Forex yang dijalankan institusi konvensional adalah ‘Forward Forex’ atau Forex yang menggunakan nilai masa depan yang tergolong dalam Riba Nasiah.

Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Opsyen dan lain-lain instrumen yang tidak halal di sisi syariah.

Instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut ‘qabadh’ dalam Islam secara benar ‘hakiki’ atau ‘hukmi’ pada waktu sama.

Masalah dalam pelaksanaan Forex adalah bertangguh dalam penyerahan kedua-dua pihak. Tatkala itu, akad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Saya tidak nafikan sesetengah Institusi Kewangan Islam melakukan forex ini selepas mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Syariah mereka.

Namun, semua mereka hanya terbabit dalam Forex jenis ‘Spot’ dan bukan jenis ‘Forward’.

Jika adapun, jenis forward ia menggunakan konsep Al-Wa’d atau ‘Unilateral Promise’ dan ia sudah sepakat keharusannya.

Yang pasti, majlis syariah mereka meletakkan beberapa syarat dan bukan secara bebas begitu saja.

Justeru, melabur modal (bererti anda melabur dan kemudian tunggu untung saja) dan dalam institusi kewangan konvensional yang memperoleh untung melalui cara Forex hukumnya tidak halal di sisi Islam. Ia keputusan Panel Penasihat Syariah dunia yang bernaung di bawah AAOIFI.

Antara panel penasihat syariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani; Prof Dr Syeikh Wahbah Zuhayli; Prof Dr Syeikh Siddiq Dharir; Syeikh Abdullah al-Mani’; Dr Abd Sattar Abu Ghuddah; Syeikh Dr Nazih Hammad; Syeikh Dr Hussain Hamid Hassan; Syeikh Nizam Ya’quby; Dr Mohd Daud Bakar; Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad; dan Syeikh Dr Ajil Nashmi.

Hukum urus niaga Forex yang diniagakan sendiri melalui platform Internet

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertamanya ia tertakluk kepada:

a. Kesahihan dan kewibawaan syarikat platform daripada sudut lesennya dan pengenalannya.

Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar.

Butiran terperinci berkenaan platform ini mesti diteliti dan boleh diperoleh. Jika tidak, transaksi anda adalah subahat dari awal lagi kerana wujud unsur gharar.

b. Jika platform itu punyai wibawa dan lesen, serta info yang mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta berkaitan aktiviti ini daripada badan berwajib di Malaysia.

Ini perlu bagi memastikan anda tidak terbabit dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.

Jika dua syarat di atas lulus, saya kira transaksi jual mata wang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukaran naik adalah harus menurut hukum asalnya kerana ia secara automatik dilaksanakan menurut kaedah ‘spot’.

Bagaimanapun, kita perlu sama-sama memahami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam mengenainya.